Wednesday, September 15, 2010

NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIASuruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.
..............................................................................................................
NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
(a) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra-Sekolah) dengan Kepujian; dan
(b) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dengan Major;
 
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Cina
(iii) Bahasa Arab
(iv) Bahasa Tamil
(v) Bahasa Inggeris
(vi) Pendidikan Islam
(vii) Pendidikan Seni Visual
(viii) Pendidikan Jasmani
(ix) Pendidikan Khas
(x) Pendidikan Muzik
(xi) Kajian Sosial
(xii) Sains
(xiii) Matematik
(xiv) Kemahiran Hidup

No comments:

Post a Comment

LinkWithin